Selamat Tinggal

Hai semua hai hai hai, Assalamualaikum. Nama saya izzati as bulat, hahaha okay abaikan abaikan.  Mood sedih sebenarnya tapi tak ape cuba happy kan seorang diri :) eh eh sedar tak sedar kita dah masuk cuti penggal pertama kan? sekejap je. Hmm dan paling sedihnya kawan aku si atiqah sazali ni nak pindah pulak


Ni haa budak gila tu. Hahaha dah lah selalu panggil aku izzati dengan suara yang agak seram *cikebum. i miss you dear. Dia ni ada masa gila jugak sebenarnya. dalam gila dia, aku sayang jugak. haha ada orang cakap muka dia macam ana rafali. Pak cik jaga cakap muka dia macam fasha sandra. hahaha tapi serious muka macam Ana Rafali *wuuu senyum tiqah sampai ke telinga. hehe mata dia menawan kalbu. aku pernah tenung mata dia lama lama. tu pun pasal nak lawan mata. hahaha 

hehe dah lah tak nak cerita lama-lama pasal dia. Nanti bangga sampai ke gunung senyum pulak. hahaha okay okay hari tu kan kan kan. Hari khamis sebelum cuti. Cikgu Salasiah dah bersara dah. hmmm sedih jugak. Hari khamis tu dah lah sedih jawab addmath. ada pulak majlis perpisahan macam tu. heeeee mula-mula masuk dewan. boleh gelak, ketawa, gurau, bila majlis dah mula senyap sikit lah *budak baik :p haha. bila cikgu salasiah berucap dengan kata-kata terakhir. aku mengkaji dengan aty, ramai cikgu nangis. aku senyum jelah. tiba tiba wani cakap weh weh nadirah menangis. hahaha banyangkan aku ,aty, lynn, wani, tiqah gelak bapak over. hahaha tak lama lepas tu. aku cakap dekat aty, 'weh cikgu dah banyak tolong aku' *tiptuptop air mata aku meleleh. aty cakap "tu lah cakap lagi benda macam tu"


hikhok. masa ni lah kan haha aku ada disitu *cari kalau dapat :p haha waktu ni salam dengan cikgu. wuuu air mata tak boleh nak tahan. aku peluk cikgu. cakap macam ni "cikgu terima kasih sebab dah banyak bantu saya" suara ter esak esak dah waktu tu. heee mana tak menangis nya. waktu form 3 cikgu ni mengajar ert. aku selalu degil tapi baik. kerja kursus aku banyak terbengkalai. cikgu jugak tolong buatkan. heeee tadi jumpa dia dekat bandar. hahaha i will miss you my beloved teacher's