Assalamulaikum korang semua. Hmm semalam dekat sekolah. waktu rehat ayah datang. Aty : weh ayah kau datang. Aku: haa okay. kejap ea. aku pun pergi lah dekat ayah. tiba2 ayah cakap macam ni. ayah: Hmm abang iwan dah meninggal. aku: haa abang iwan. ayah: a'ah nak pergi tak tengok. aku: mesti lah nak pergi. aku pun belari dekat kawan aku. terus menangis dekat kantin tu. aku dah tak boleh berhenti. hmm aku try berhenti menangis. aty bawak aku pergi kelas. amik beg. Then aku pun balik. Gosok baju kurung. lepastu otw terus ke bentong. Sumpah sedih sangat.
Sampai sana. ingat ke boleh lah tengok wajah abang iwan. tengok2 dah siap kebumi. aku nak nangis masa dekat sana, Tapi aku tahan je :'( abang iwan tinggal kan anak dengan isteri dia. dia ada 3 orang anak. yang pertama Izzat. berumur 7 tahun. yang kedua izul berumur 6 tahun. dan yang ketiga tak ingat lah nama dia yang pasti umur baby tu nak masuk setahun. Ya Allah. Cepat nye masa belalu. Last aku jumpa abang iwan masa cuti sekolah seminggu hari tu. Sunyi rasanya bila tiada dia. Aku macam tak percaya yang dia dah takde. sabar izzati :'(
SINAR HARIAN
BENTONG – Hasrat seorang bapa menghantar untuk anak ke sekolah tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 0.5 Jalan Bentong-Karak kira-kira jam 7.30 pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa, Fairus Izzuan Mohd Baharudin, 33, beralamat di Taman Saga bekerja di Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Bentong.
Katanya, mangsa dalam perjalanan dari arah Bentong ke Karak menunggang motosikal jenis Modenas Karisma bersama anak lelaki berusia tujuh tahun.
“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa dipercayai bergesel dengan bahagian belakang sebuah lori tangki dari arah sama dan kemudiannya terjatuh.
“Mangsa kemudian dipercayai digilis tayar belakang lori itu dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala,” katanya.
Mohamad Mansor berkata, anaknya pula sempat diselamatkan orang awam dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
Katanya, mayat mangsa kemudian di bawa ke Hospital Bentong untuk dibedah siasat sebelum dituntut ahli keluarga untuk dikebumikan.
“Siasatan masih diteruskan di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang awam yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan,” katanya.
Haa korang Faham kan kejadian nye macam mana. Meh sini aku cerita lebih lanjut. Pada pukul 7.30 pagi semalam. abang iwan dengan anak nya 'izzat' menunggang motorsikal. Dia nak hantar anak dia pergi sekolah. Pagi-pagi biasa lah. jalan sesak. orang nak hantar anak masing2 pergi sekolah. ade yang nak pergi kerja. Tiba2 ada sebuah kereta dari belakang. terlanggar sikit belakang motor dia. Then dia pun terjatuh. dia jatuh belah kanan. anak dia jatuh belah kiri. lepas dia jatuh. dia tak sempat nak bangun. tiba2 lori langgar kepala dia. hmm berkecai helmet tau. tapi badan dia elok. ada orang yang dekat tepi jalan. sempat tarik anak dia ke tepi. Hmm anak dia lebam sikit tangan. Nasib baik tak jadi apa2. Ya Allah banyak nye bencana yang berlaku. Hmm ujian Allah :'( SEKIAN
.jpg)

